Featured Posts
Pemberitahuan (Realtime) KPM
Program Anjakan PPDa
Thursday 17 August 2017
Tuesday 12 April 2016
Permuafakatan PIBG PraSekolah SKBB 2016
Saturday 27 February 2016
Saturday 21 November 2015
Thursday 5 November 2015
TENDER KANTIN SK BUKIT BALACON 2016-2017
Tuesday 3 November 2015
TENDER KANTIN 2016
Sejarah SKBB
PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH
Pada mulanya anak-anak orang kampung Ulu Segama bersekolah di sekolah St Anglican Mission English Primary School, sekolah ini dibina oleh Anglican Mission pada 8.1.1962.
Oleh kerana tanah orang kampung di sini berhampiran dengan Sungai Segama, kampung ini sering dilanda banjir. Air sungai sedalam 8-9 telah menenggelami rumah dan tanah orang-orang kampung di Ulu Segama ini, banjir ini adalah merupakan banjir besar yang melanda kampung ini, keadaan ini berlarutan selama seminggu dan kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah.
Kerajaan Negeri Sabah telah memindahkan para penduduk di kawasan ini ke Tanah Penempatan Silabukan Lahad Datu pada 1968, dan sekolah ini juga turut ditinggalkan.
Empat tahun kemudian, disebabkan keaadan yang berubah-ubah dan perasaan ingin balik ke tempat asal, maka sepertiga penduduk yang ditempatkan di Rancangan Silabukan ini telah kembali ke kampung mereka di Ulu Segama.
Sekolah ini dibina pada 18.4.1977 dan dikenali sebagai SRK Bukit Balacon Lahad Datu, pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di St Anglican Mission English Primary School, kemudian apabila bangunan baru siap di bina pada 4.1.1983, maka SRK Bukit Balacon telah berpindah ke bangunan baru.
Pengasas sekolah ini ialah ahli-ahli jawatan kuasa Kemajuan kampung(AJKK) yang terdiri daripada Ketua Kampung dan orang perseorangan, Mantan Guru Besar Encik Alan Atit adalah merupakan salah seorang ahlinya. Kemudian para guru dan murid sekolah ini berpindah pula ke bangunan baru yang dibina pada tahun 1985 di tapak yang ada hari ini , dan sekolah ini dikenali sebagai SK Bukit Balacon Lahad Datu.
Guru Besar Sekolah Yang Berkhidmat
1975-1982 EN. MUHAMMAD
1983-1987 EN. ALAN ATIT
1988-1996 EN. ADAMA BABUL
1996-1997 CIK ELIZABERT QUARINUS (PEMANGKU)
1998-1999 EN. RUKKAN MADTARASAN
1999-2000 EN. AMAN RANDOH (PEMANGKU )
2000-2001 EN. ZAINUDDIN AHMAD
2001-2005 EN. ABUL RAHMAN HJ. AG. BAKAR
2006-Mac 2015 PUAN MYNAH HJ. RELAY
April 2015 – sekarang PUAN ZAMALIAH BINTI HJ ABDUL KARIM